dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 6

25 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2026, seorang peserta telah mengikuti Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 6 yang diadakan secara dalam talian di NADI Sungai Bandung. Webinar ini disampaikan oleh Cikgu Diyana dan khusus untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik menjawab soalan membaca (reading) dalam peperiksaan walaupun penguasaan Bahasa Inggeris mereka belum sempurna.

Sepanjang sesi webinar, peserta didedahkan kepada strategi dan kaedah praktikal untuk memahami teks, mencari jawapan, dan menilai maklumat penting dengan lebih berkesan. Teknik yang diajar membolehkan peserta meningkatkan skor reading tanpa perlu memiliki penguasaan bahasa yang sempurna, termasuk cara mengenal pasti kata kunci, memahami konteks, dan membuat inferens daripada petikan teks.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.